Shayna Marianne kota janji hadiahkan emas untuk Melaka
AYER KEROH 21 Ogos – Shayna Marianne Pereira mengotakan janji untuk membawa pulang pingat emas ke bumi Melaka apabila memenangi acara 400 meter wanita Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, hari ini.
Dalam aksi di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Shayna Marianne, 17, berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 57.74s, sekali gus muncul pelari terpantas.
Pingat perak dimenangi Nor Ainaa Balqis Hashim dari Kelantan dengan catatan masa 57.77s, manakala gangsa milik atlet Johor, Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi dengan 58.34s.
Untuk rekod, ini adalah penampilan pertama Shayna Marianne dalam temasya SUKMA mewakili Negeri Melaka.
Kejayaan itu sekali gus membantu kontinjen Melaka menambah kutipan pingat menjadikan keseluruhan 11 emas, 14 perak dan 18 gangsa, setakat jam 7 malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...