1,240 berbasikal teroka Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

REMBIA 21 Ogos – Seramai 1,240 peminat sukan berbasikal dari dalam dan luar negara memeriahkan Cyclomotion Fire X Ride Epic Jamboree 2024, di Dataran Keris Alor Gajah, di sini, baru-baru ini.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dalam satu kenyataan memaklumkan penganjuran program yang memasuki edisi ke-11 itu berjaya menarik penyertaan peserta dari 10 buah negara.

Program berkenaan mempertandingkan dua kategori jarak iaitu 40 kilometer (km) dan 100km bermula dari Dataran Keris dan menjelajah sekitar Alor Gajah.

Pelepasan peserta telah disempurnakan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah dan turut dihadiri Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Mohd Khairol Kamis dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Sodikin Ali.

Manakala, majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ketua WHIP MPAG, Clr. Ghafar Ngah dan Timbalannya, Clr. Rosli Md Isa serta tetamu lain.

“Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Daerah Alor Gajah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan Bahagian Trafik, Pejabat Bomba Alor Gajah, JKR Daerah Alor Gajah, SAMB Alor Gajah yang membantu melancarkan program edisi kali ini.

“Tidak dilupa juga kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah, Pejabat Belia & Sukan Daerah (PBSD) Alor Gajah, Hospital Alor Gajah, Jabatan Dalaman MPAG, Kelab Berbasikal Cycle X dan Cyclomotion serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Cyclomotion Fire X Ride Epic Jamboree 2024,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

305
Kongsi :
Previous post Kafe hipster lima bersaudara di Pekan Jasin
Next post Pekebun kecil ‘berkampung’ di Melaka bincang masa depan industri sawit
Ubah saiz-+=