
Muhammad Zulfakar raih perak, tewas di tangan adik ‘Jojo’
AYER KEROH 20 Ogos – Atlet Melaka, Muhammad Zulfakar Othman terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara Muaythai 51-54 kilogram (kg) lelaki selepas tewas di tangan wakil Sarawak, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar.
Perlawanan tersebut menjadi antara tumpuan ramai memandangkan lawan Muhammad Zulfakar merupakan adik kepada sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali atau Jojo.
Dalam aksi di Naim Paragon Streetmall, Bintulu, petang tadi, Muhammad Zulfakar berjaya memberikan saingan dalam aksi tiga pusingan sebelum tewas dengan keputusan 14-24.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kontinjen Muay Thai Melaka kini meraih dua perak dan tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, kali ini.
Terdahulu, pada satu lagi aksi final wanita 42-45kg, atlet Melaka, Nursyafiqah Naziha Ryem@Reymie tewas di tangan atlet Perak Raja Nur Izati Nabiha.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN MPV, LORI DI BINTULU
BINTULU 11 Mac - Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga...
POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH DI BUKIT MERTAJAM
BUKIT MERTAJAM 11 Mac - Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok...
TAK MAHU BELI BAJU RAYA, PETANDA AISAR AZIM AKAN PERGI SELAMANYA – KELUARGA
SEREMBAN, 11 Mac - Permintaan untuk tidak membeli baju raya tahun ini menjadi petanda pemergian seorang remaja, Aisar Azim Abdullah,...
CUMA 20 PERATUS PEGAWAI, ANGGOTA BOMBA MELAKA DIBENARKAN CUTI RAYA
JASIN 10 Mac - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan 496 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
REZEKI ORANG DUYONG KIAN MELIMPAH
BANDARAYA MELAKA 11 Mac - Pelbagai program berbentuk keagamaan dan kerohanian yang memberikan manfaat kepada penduduk, khusus golongan kurang berkemampuan...
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...