Sorting by

×

Nursyafiqah raih pingat perak untuk Melaka

Masa Membaca:37 Saat

AYER KEROH 20 Ogos – Nursyafiqah Naziha Ryem@Reymie menghadiahkan pingat perak untuk Melaka dalam acara Muay Thai wanita 42-45 kilogram (kg) Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, hari ini.

Dalam aksi final di Naim Paragon Streetmall, Bintulu itu, Nursyafiqah terpaksa akur tewas 3-25 kepada atlet Perak Raja Nur Izati Nabiha.

Ia merupakan pingat keempat diraih kontinjen Muay Thai Melaka selepas tiga atlet mengesahkan pingat gangsa dalam aksi separuh akhir kelmarin.

Seorang lagi atlet Melaka, Muhammad Zulfakar Othman akan turun beraksi dalam final kategori 51-54 kg menentang petarung Sarawak, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, petang ini.

Muhammad Mikail merupakan adik kepada sensasi Muay Thai Negara, Muhammad Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

255
Kongsi :
Previous post Polis kesan lelaki hilang sejak sembilan hari lepas
Next post Penanaman semula ladang sawit terbiar perlu diperluaskan
Ubah saiz-+=