Saidatul Ummairah sumbang Melaka pingat kedua acara Petanque

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 19 Ogos – Sukan Petanque menyumbang pingat kedua kepada Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI menerusi perseorangan wanita.

Pingat perak disumbangkan Saidatul Ummairah Md Dani yang tewas 6-12 kepada atlet Sarawak Sharifah Daniamalyana dalam saingan di Arena Petanque Santubong.

Persatuan Petanque Melaka dalam satu kenyataan menzahirkan rasa syukur atas kejayaan atlet mereka menyumbangkan pingat kepada kontinjen Melaka.

“Kilauan perak ini memberi semangat dan meningkatkan lagi motivasi atlet untuk terus memburu pingat termasuk emas. Terima kasih buat barisan jurulatih Amiruddin Abdul Halim dan Mahfur Mustaffa serta pengurus Muhamad Sidek selain atlet-atlet yang memberi sokongan.

“Tidak lupa juga buat penyokong di Melaka yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan pasukan di Bumi Kenyalang ini. Semoga Allah membalas jasa budi semua. Semoga atlet-atlet kita peroleh kejayaan insha-Allah,” katanya.

Semalam, Khairul Amirul Zamrulhisham menerusi acara Menembak Lelaki telah menghadiahkan pingat emas pertama bagi sukan Petanque di SUKMA Sarawak XXI dengan menewaskan saingan daripada Selangor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

568
Kongsi :
Previous post 1,000 ‘Joging Merdeka’ bersama Tun Dr. Mohd Ali
Next post Lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Melaka – KM
Ubah saiz-+=