
Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari jejambat
KUALA LUMPUR 1 Dis – Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas tercampak dari kenderaan pelbagai guna yang dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira 15 meter dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala Jalan Tun Razak, dekat sini, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.40 petang, itu, Toyota Estima yang dipandu bapa mangsa yang berumur 41 tahun telah terbabas sebelum melanggar tembok kiri laluan di lebuh raya berkenaan.
“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak perempuan yang berada di bahagian penumpang belakang tercampak keluar menerusi tingkap belakang kanan kereta sebelum terjatuh dari flyover (jejambat).
“Mangsa terjatuh ke atas sebuah daripada deretan kereta yang dipakir di sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Pahang,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan retak paha kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala bapanya tidak mengalami kecederaan.
Kejadian tersebut tular di media sosial dengan sebuah video dari kamera litar tertutup berdurasi 30 saat memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Duke di Jalan Pahang.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
