Sorting by

×

1,340 graduan diraikan pada Konvokesyen PMM Kali ke-22

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

MERLIMAU 18 Ogos – Seramai 1,340 graduan menerima diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka (PMM) kali ke-22 yang diadakan di Dewan Platinum, PMM selama dua hari yang bermula 17 hingga 18 Ogos 2024.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata Istiadat Konvokesyen kali ini juga, turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi serta iltizam yang tinggi.

Katanya, sehingga kini PMM telah melahirkan seramai 30,173 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kadar kebolehpasaran graduan PMM pada tahun lalu berada pada tahap tertinggi iaitu 99.4 peratus dan daripada jumlah tersebut dicatatkan 89.4 peratus memperolehi pekerjaan dengan 54.9 peratus daripadanya memperoleh I pekerjaan sepadan dengan bidang TVET yang dipelajari di PMM dalam tempoh pengajian mereka.

“Sejumlah 9.8 peratus telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi manakala 8 peratus telah menceburi bidang keusahawanan.

“Konsep “HYBRID TVET’ menjamin gabungan integrasi pengetahuan pelbagai disiplin ilmu, PMM mempunyai keyakinan hasrat meningkatkan graduan usahawan dalam semua bidang akademik untuk mencapai 20 peratus menjelang tahun 2028 akan berjaya dicapai,” katanya ketika berucap pada istiadat konvokesyen terbabit.

Mengulas lanjut, Norizam berkata penjajaran inkubator usahawan yang mantap telah dibuktikan dengan terhasilnya 10 jenis inkubator yang sehingga kini telah mencatatkan
urusniaga kasar sebanyak RM745,208.68.

Jelasnya, PMM terus mensasarkan pendapatan urusniaga tersebut akan mencecah sehingga jutaan ringgit pada tahun hadapan.

“PMM sentiasa berkolaborasi dengan industri agar keberhasilan graduan kami selari keperluan industri.

“PMM adalah satu-satunya politeknik yang memandang kehadapan memilih dan melantik jawatankuasa penasihat keusahawanan yang terdiri daripada alumni PMM yang begitu bersedia membantu menasihati kami dalam perjalanan program usahawan.

“PMM sentiasa komited dengan cabang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dan sehingga kini PMM telah menerima sejumlah RM 1,316,700 geran penyelidikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

728
Kongsi :
Previous post Atlet Petanque raih emas bakal terima saguhati
Next post Kanak-kanak Orang Asli dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia
Ubah saiz-+=