Misi 29 jam, bina jambatan 21 meter selesai

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

TABOH NANING 18 Ogos – Jambatan sementara siap dipasang pada malam Jumaat lalu menyelesaikan permasalahan kira-kira enam buah keluarga yang terputus hubungan akibat banjir berlaku pada 11 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Rantau Panjang, Mamat Md Nasir berkata, bencana mengakibatkan jambatan konkrit sedia ada menghubungkan enam buah rumah di Jalan Solok Punggai runtuh akibat arus deras.

Img 20240818 105411 698
MAMAT.

Katanya, kesemua keluarga terlibat terputus hubungan selama enam hari sebelum jambatan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, terdahulu pembinaan jambatan sementara dimulakan dengan kerja-kerja menyiapkan tapak pada 14 Ogos lalu.

“Alhamdulillah, hasil kerjasama semua pihak, agensi terlibat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan penduduk kampung masalah ini berjaya diselesaikan, sekali gus membantu penduduk yang terputus hubungan akibat bencana ini.

“Jambatan sementara sepanjang lebih 21 meter ini siap dibina dan dipinjamkan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu kerja-kerja pembinaan jambatan baharu.

“Sebagai wakil penduduk, kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang bertungkus lumus menyelesaikan dilema penduduk yang belaku akibat runtuhan jambatan konkrit yang berlaku pada Ahad lalu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240818 105411 750
JAMBATAN sementara yang dibina pihak Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam pada itu, Mamat berkata, meskipun banjir kerap berlaku sebelum ini dia menyifatkan bencana baru-baru ini adalah yang paling terburuk pernah berlaku di kampung itu.

“Kali ini kita lihat banjir yang berlaku cukup menakutkan dan terburuk dalam sejarah meskipun setiap tahun kawasan ini akan banjir sekitar dua tiga kali.

“Alhamdulillah dengan terbinanya jambatan sementara ini dapatlah membantu enam buah keluarga yang terjejas ini untuk menjalankan rutin harian mereka.

“Sekurangnya, ia dapat menyelesaikan masalah mereka untuk menjalani kehidupan seharian disebabkan rata-rata penduduk yang terkandas merupakan peniaga kecil terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka selama enam hari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1822
Kongsi :
Previous post Melaka anjur pelbagai program semarak ‘Jiwa Merdeka’
Next post Banjir: 6 hari terputus hubungan, penjaja rugi
Ubah saiz-+=