UTeM sambut baik kenaikan gaji penjawat awam

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DURIAN TUNGGAL 17 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyambut baik pengumuman kenaikan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuatkuasa 1 Disember depan.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjadi berita gembira kepada semua kakitangan awam seluruh negara termasuk di universiti itu.

Katanya, perkara tersebut dilihat sebagai satu suntikan motivasi kepada pelbagai peringkat dan jabatan kerajaan termasuk di universiti awam untuk terus berdaya saing seterusnya melonjakkan prestasi kerja secara menyeluruh.

“Dengan pengumuman kenaikan gaji ini menzahirkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Madani terhadap kebajikan penjawat awam yang menjadi jentera penyampaian khidmat kerajaan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Apabila kakitangan bekerja dengan semangat tinggi maka ia merefleksikan pula kepada peningkatan prestasi dan produktiviti jabatan lalu memberi impak langsung kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan seterusmya menjayakan Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Massila berkata kenaikan gaji juga memberi anjakan ekonomi secara khusus bukan hanya kepada kakitangan kerajaan semata-mata malahan akan turut merangsang persekitaran ekonomi komuniti dan nasional.

Jelasnya, selari menyokong usaha kerajaan dalam agenda ini, UTeM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) misalnya sudah memulakan langkah dengan memperkenalkan inisiatif penetapan gaji premium untuk graduan TVET.

“Ini menandakan kemajuan yang positif dalam pelaksanaan dasar dan UTeM turut memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini melalui formula strategik TVET Place & Train UTeM@KPT,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

97
Kongsi :
Previous post TYT serikan Konsert Lambang Sari Kita Jiwa Merdeka
Next post SUKMA: Wushu ‘lubuk’ pingat Melaka
Ubah saiz-+=