Sorting by

×

PPSPM bangunkan aplikasi Melaka River Cruise

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 17 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal memperkenalkan aplikasi Melaka River Cruise (MRC), bertujuan memudahkan pengguna dan memanfaatkan aspek pendigitalan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan, menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, apabila siap dan dilancarkan kelak, aplikasi itu membolehkan pengguna melakukan pembelian tiket dan mendapat maklumat berhubung tawaran terkini MRC.

“PPSPM kini dalam usaha penambahbaikkan perkhidmatan kami termasuk membangunkan aplikasi MRC. Pembangunan aplikasi ini dijangka siap sepenuhnya pada September nanti.

“Ini adalah antara penambahbaikkan yang PPSPM laksanakan dalam usaha kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung dan pelancong khusus sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Khairunnisa berkata, juga dalam perancangan adalah untuk melengkapkan dua jeti MRC iaitu Pengkalan Rama dan Muara Sungai Melaka dengan  kios tiket layan diri, sekali gus memberikan pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembelian.

“Mengikut perancangan kami akan sediakan satu kios di setiap jeti, kemudahan ini akan ditambah dari semasa ke semasa, sebagai makluman, kaunter tiket masih beroperasi seperti biasa.

“Kios berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, mereka tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post SUKMA: Wushu ‘lubuk’ pingat Melaka
Next post Pengakap Laut Melaka lima terbaik negara
Ubah saiz-+=