Bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam besen berhampiran bengkel motosikal
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam pada 4.50 petang.
“Seorang lelaki yang secara kebetulan melalui di kawasan itu terdengar bunyi rengekan, telah menemukan bayi itu yang dibaluti dengan kain. Lelaki itu kemudiannya menghantar bayi berkenaan ke pusat kebajikan yang berhampiran.
“Kita akan rakam percakapan saksi-saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar bayi itu ditemukan,” katanya pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau berkata bayi perempuan seberat 2.1 kilogram itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan lanjut, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
AYER KEROH 15 November - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menyediakan platform bergambar di beberapa lokasi...
UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN
PAYA RUMPUT 15 November - Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan...
NGO JADI SALURAN HEBAHAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 November - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu lebih efektif dan menjadi satu bentuk saluran...
SENTUHAN KASIH 562 CALON SPM, STPM MELAKA
ALOR GAJAH 15 November - Seramai 562 pelajar sekolah di negeri ini diraikan menerusi Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka...
KERANA KASIHNYA IBU…
TABOH NANING 14 November - Meskipun berdepan ujian dalam hidup namun semua itu langsung tidak mematah semangat Rohaya Abu Samah...
DUNIA ‘AI’ CABARAN BESAR KEPADA ANAK-ANAK
ALOR GAJAH 14 November - Kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) hari ini memberi cabaran lebih besar kepada anak-anak, kata Ketua...