MPJ fokus siapkan baki kerja 2024
JASIN 15 Ogos – Semua kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) diingatkan agar melaksanakan baki kerja yang dirancang bagi tahun ini sebelum memasuki 2025.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, setengah tahun 2024 sudah berlalu dan MPJ perlu memberi fokus kepada baki kerja yang belum dicapai dan disasarkan.
“Pastikan segala perancangan tertangguh dilaksanakan segera supaya tidak berlaku tunggakan kerja yang akan memberi kesan kepada jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.
“Pastikan kita mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan, sebagai penjawat awam penting untuk kita memupuk nilai integriti dan tata kelola yang baik dalam diri.
“Ini bagi menjaga nilai-nilai ketulusan dalam setiap urusan kerajaan yang dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan MPJ Bilangan 3/2024 di Dewan Alamanda MPJ di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari dan kakitangan MPJ.
Dalam pada itu, beliau berkata perhimpunan bulanan merupakan platform yang wajar dilaksanakan dalam memastikan hasrat dan aspirasi MPJ dapat disampaikan kepada seluruh warga kerjanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TANDAS AWAM ELEGAN DI WATERFRONT JASIN
JASIN 15 November - Tandas Awam (BMW) Selera Waterfront Bandar Jasin kini berwajah baharu berkonsepkan warna hitam dan keemasan selepas...
MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
AYER KEROH 15 November - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menyediakan platform bergambar di beberapa lokasi...
UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN
PAYA RUMPUT 15 November - Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan...
NGO JADI SALURAN HEBAHAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 November - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu lebih efektif dan menjadi satu bentuk saluran...
SENTUHAN KASIH 562 CALON SPM, STPM MELAKA
ALOR GAJAH 15 November - Seramai 562 pelajar sekolah di negeri ini diraikan menerusi Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka...
KERANA KASIHNYA IBU…
TABOH NANING 14 November - Meskipun berdepan ujian dalam hidup namun semua itu langsung tidak mematah semangat Rohaya Abu Samah...