Motosikal menanti peserta Menara Taming Sari Fun Ride 3.0

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 14 Ogos – Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik termasuk sebuah motosikal menanti peserta kayuhan Menara Taming Sari Fun Ride 3.0 pada 14 September ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Mohd Husni Husin berkata, selain motosikal sebagai cabutan utama, pihaknya turut menyediakan hadiah seperti barangan elektrik, baucar penginapan hotel dan tiket masuk ke pelbagai lokasi tarikan pelancongan sekitar Negeri Melaka.

Katanya, selain cabutan bertuah peserta yang melakukan pendaftaran akan menerima baju ‘T’, medal, sijil penyertaan dan pelbagai lagi ‘goodies’ menarik.

“Bayaran yuran penyertaan RM55 adalah berbaloi dengan apa yang kami sediakan untuk peserta. Apa yang lebih mahal adalah momen berkayuh dengan melalui kawasan kampung bersama keluarga atau rakan-rakan.

“Kami memilih laluan yang menarik bagi kayuhan 10 kilometer (km) dan 50 km agar kena dengan konsep ‘fun ride’ yang dibawa,” kata ketika ditemui selepas menjadi tetamu pada podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV, semalam.

Mohd Husni berkata, setakat ini jumlah penyertaan adalah amat memberangsangkan dan semakin meningkat dengan turut menarik peminat basikal dari negara jiran, Indonesia.

“Perdaftaran bagi Menara Taming Sari Fun Ride 3.0 dibuka sehingga 22 Ogos ini, kepada yang belum mendaftar boleh berbuat demikian dengan menekan pautan disediakan di Facebook Menara Taming Sari dan Taming Sari Tower Melaka.

“Boleh juga membuat pendaftaran menggunakan kod QR disediakan atau klik https://docs.google.com/forms/d/1QPkZxRDVGY0jRg9t2a543tS5Qk86GJ1ZrrGcoHKQ1jg/edit. Jika mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh hubung kami menerusi WhatsApp di nombor 017-6218684,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

531
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 32 orang
Next post Kemasukan pelancong meningkat 84.55 peratus
Ubah saiz-+=