Sorting by

×

LPM semarak semangat kibarkan Jalur Gemilang

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH, 13 Ogos – Sempena hari kemerdekaan negara yang akan disambut 31 Ogos ini, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Kibaran Jalur Gemilang di peringkat agensi tersebut.

Pengarah Eksekutif LPM, Datuk TPr. Murad Husin berkata penganjuran program tersebut adalah penting bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kakitangan agensi itu sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-67 tahun 31 Ogos ini.

“Hasrat LPM sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan, untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan anggora perkhidmatan, seterusnya memupukkan kesedaran tentang kemerdekaan negara kita yang kita sambut setiap tahun.

“Program ini juga sebagai simbolik mengukuhkan jati diri seterusnya memupuk semangat kerjasama dan harmoni antara kaum,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas menyempurnakan perasmian Program Kibaran Jalur Gemilang Peringkat LPM di perkarangan kawasan parkir kenderaan LPM, di sini, tengah hari tadi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan) LPM, Mohd Salleh Hamidom dan Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) LPM, Ummi Kalthoom Dollah.

Seramai 31 kakitangan LPM terlibat dalam program tersebut dan turut diadakan pemasangan Jalur Gemilang kepada 12 kenderaan rasmi serta kakitangan LPM.

Upacara pelepasan ‘flag off’ serta sesi kibaran Jalur Gemilang turut diadakan sebagai simbolik kepada perasmian program tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

171
Kongsi :
Previous post MPHTJ edar 7,000 notis pasang Jalur Gemilang
Next post Ujian khidmat selular kesan lima ‘dropped calls’
Ubah saiz-+=