Sorting by

×

Bantuan banjir cukup, jangan keruhkan keadaan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 13 Ogos – “Saya sendiri turun padang seawal jam 9 pagi hingga lewat petang bagi memastikan segala bantuan diperlukan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) cukup”.

Itu penjelasan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai ketiadaan bantuan di sebuah PPS, semalam.

“Ini hanya dakwaan untuk mengeruhkan keadaan, kita cuba bekerja seikhlas mungkin termasuklah bantuan daripada agensi terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

“Saya sendiri sempat bertanya kepada mangsa banjir semalam bagaimana keadaan dia, Alhamdulillah semua cakap bantuan makanan cukup.

“Saya nasihatkan kepada sesiapa yang tidak bertanggungjawab ini, jangan lah sebarkan fitnah yang tiada manfaat khususnya bagi kita orang Islam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Kalsom berharap pihak tidak bertanggungjawab jangan cuba mengeruhkan keadaan ketika ini.

“Kita perlu banyak muhasabah diri, berhenti buat tohmahan (tuduhan) tidak berasas, sepatutnya waktu ini kita bagi semangat kepada mangsa-mangsa banjir ini.

“Memang pada awalnya ada satu kawasan di Kuala Linggi kita tidak lepas kerana paras air yang tinggi, tetapi kita gunakan kenderaan lebih tinggi untuk masuk juga kawasan ini.

“Hanya lewat sedikit tetapi kita tetap salurkan bantuan, tidak kurang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang sanggup meredah banjir melihat keadaan mangsa terlibat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

925
Kongsi :
Previous post Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun pagi ini
Next post Dakwaan isu mangsa banjir tidak terima bantuan, tidak benar
Ubah saiz-+=