Sorting by

×

84,000 Jalur Gemilang diagih ke Japerun seluruh Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

REMBIA 12 Ogos – Sebanyak 84,000 helai Jalur Gemilang sedang dalam proses untuk diagihkan secara berperingkat ke semua Japerun 28 seluruh Negeri Melaka bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, menerusi inisiatif itu setiap Jeperun akan menerima agihan 3,000 helai Jalur Gemilang.

Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata, usaha itu juga bertujuan untuk menjayakan dan menyokong Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang yang dihasratkan kerajaan.

“Kita harap rakyat Malaysia khusus di Negeri Melaka ini bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis atau kediaman masing-masing. Ayuh jangan berlengah lagi bersama-sama kita mendukung hasrat ini, agihan Jalur Gemilang di peringkat Japerun sedang dilaksanakan.

“Kita juga berharap di peringkat agensi kerajaan, swasta dan industri juga bersama-sama untuk memperhebatkan kibaran Jalur Gemilang di premis masing-masing, masih ada lagi yang mengambil tindakan endah tidak endah dalam usaha ini,” katanya pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Keris, di sini hari ini.

Whatsapp Image 2024 08 12 At 11.58.04 Am
KESEMUA peserta mengibarkan Jalur Gemilang bersama tetamu yang hadir sempena sambutan itu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Shin; Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abdul Azis, Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, ketua jabatan serta agensi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post Bah di daerah Alor Gajah: Mangsa meningkat kepada 419 orang, lapan PPS dibuka
Next post Banjir kilat luar biasa, antara terburuk dalam tempoh 10 tahun – mangsa
Ubah saiz-+=