Sorting by

×

Baja Madani MPOB F5 bantu petani desa

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SUNGAI RAMBAI 12 Ogos – Pengunjung Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang Melaka 2024, ditawarkan dengan jualan istimewa Baja Madani yang diformulasikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ketua Pegawai Eksekutif kepada pengedar tunggal Baja Madani MPOB F5, M Khairul Asri berkata, Melaka menjadi negeri pertama di zon selatan yang diperkenalkan dengan Baja Madani MPOB F5 itu.

Katanya, Baja Madani ini juga adalah antara inisiatif kerajaan dengan kerjasama MPOB dan pihaknya.

“Baja ini harganya amat murah kalau dibandingkan dengan harga pasaran penjimatannya hingga RM30 apabila hanya dijual RM89 bagi 50 kilogram.

“Ini adalah penyelesaian terunggul MPOB dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil apabila tanaman diusahakan dapat mengeluarkan hasil yang tinggi,” katanya.

M Khairul berkata demikian ketika ditemui pada Mini Karnival Usahawan Desa @ Festival D’Bendang Melaka 2024 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis.

Menurutnya, harga istimewa itu ditawarkan pihaknya sehingga tahun hadapan bergantung kepada stok.

“Setakat ini kita buat harga RM89 sehingga hujung tahun tetapi hasil perbincangan bersama kilang dan agensi yang terbabit kita panjangkan hingga tahun depan berdasarkan pertambahan bekalan.

“Namun sampai bila kita akan maklumkan tarikhnya dan kemaskini harga dari semasa ke semasa kerana tujuan kita ingin galakkan orang kampung menggunakan baja dengan harga murah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

842
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang
Next post Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, bekas guru ditahan
Ubah saiz-+=