
KUD peringkat kebangsaan di MAEPS Julai tahun hadapan
SUNGAI RAMBAI 9 Ogos – Karnival Usahawan Desa (KUD) Peringkat Kebangsaan dan Sambutan Hari Peneroka akan dianjurkan serentak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Julai tahun hadapan.
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar berkata, penganjuran secara serentak kedua-dua program besar itu bertujuan untuk mencipta kelainan dan memeriahkan lagi suasana sambutan.
“KUD merupakan antara penganjuran utama yang dianjurkan KKDW setiap dua tahun sekali.
“Kita akan melaksanakan promosi berterusan untuk penganjuran ini agar ia menjadi platform menghimpunkan semua usahawan desa untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada lawatan tapak Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang, di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...