Mahu jumpa rakan, lelaki ditemui terbaring dalam tandas
SUNGAI UDANG 9 Ogos – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam tandas sebuah stesen minyak, di sini, semalam, dipercayai datang ke Melaka untuk berjumpa rakan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki berusia 29 tahun itu datang seorang diri ke Melaka dari Kajang sebelum ditemui terbaring oleh orang awam dalam tandas.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.15 pagi dan bergerak ke lokasi sebelum mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik dan punca kematian masih belum diketahui.
“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 18 saat menunjukkan seorang lelaki ditemui terbaring dalam tandas sebuah stesen minyak di Sungai Udang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...
UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
AYER KEROH 8 Januari - Kincir air untuk tenaga boleh diperbaharui menjadi antara lima produk inovasi bertaraf dunia berimpak tinggi...
DUNIA KECIL NORMAH
AYER MOLEK 8 Januari - Siapa sangka wanita yang dahulunya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, memiliki tangan berseni kerana mahir...
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...