
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
IPOH 9 Ogos – Tindakan sepasang kekasih mencuri motosikal di daerah Parit Buntar akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun yang kehilangan sebuah motosikal di rumahnya pada hari yang sama.
“Polis menemukan semula motosikal yang dilaporkan hilang itu dan kenderaan itu ada pada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Juna berkata suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek wanita turut mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes sama.
Suspek wanita itu baru dua hari dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian atas kesalahan dadah dan dalam tempoh jaminan sementara menunggu hari perbicaraan .
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...