‘Ab Rauf fikir jauh ke hadapan’

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 12 Ogos – “Bukan mudah untuk seseorang itu membangunkan sebuah negeri jika tiada ‘track’ rekod atau asas sebagai ahli perniagaan seperti Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,”.

Itu pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis ketika ditanya mengenai vista Ketua Menteri dalam membangunkan Negeri Melaka.

Menurut Siti Faizah, Ab Rauf seorang pemimpin yang sentiasa memandang jauh ke hadapan dengan memikirkan kaedah terbaik untuk memajukan negeri ini.

“Sebelum ini beliau aktif dalam perniagaan, jadi orang berniaga pemikiran sentiasa berjalan. Hidup, tidur dan makannya hanya fikir bagaimana untuk majukan perniagaan.

“Itulah Ab Rauf buat untuk Negeri Melaka, 24 jam dia fikir apa patut dibuat,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ bersama Adun Sungai Rambai bagi mempromosikan Festival D’Bendang Melaka 2024 di Studio Melaka TV di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siti Faizah berkata segala idea yang dilontarkan Ab Rauf adalah suatu perkara yang tidak boleh dijangka.

“Beliau tampil dengan idea yang kita tidak jangka, hanya orang yang memahami gerak kerjanya boleh faham apa yang beliau cuba lakukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

239
Kongsi :
Previous post Bantuan segera untuk mangsa banjir Masjid Tanah – KM
Next post Festival D’Bendang Melaka tahun hadapan lebih ‘havoc’
Ubah saiz-+=