JPN Melaka laksana transaksi tanpa tunai September ini
AYER KEROH 9 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka akan melaksanakan urusan pembayaran tanpa tunai (cashless) bermula September ini.
Pengarah JPN Negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata perkara itu akan dilaksanakan di semua kaunter JPN termasuk cawangan daerah dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Menjelaskan perkara itu, Norazle berkata, pihaknya bagaimanapun masih menerima urusan secara tunai bagi pelanggan dalam kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU) atau individu kurang mahir dalam transaksi digital.
“Selepas ini (bermula Spetember) orang ramai mahu berurusan di mana-mana kaunter JPN seluruh Negeri Melaka diharap bersedia untuk melakukan pembayaran atau transaksi tanpa tunai.
“Urusan tanpa tunai ini adalah antara langkah untuk kami terus maju dan sudah mula dilaksanakan di kaunter JPN di beberapa negeri lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan Bil 8/2024 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...
UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
AYER KEROH 8 Januari - Kincir air untuk tenaga boleh diperbaharui menjadi antara lima produk inovasi bertaraf dunia berimpak tinggi...
DUNIA KECIL NORMAH
AYER MOLEK 8 Januari - Siapa sangka wanita yang dahulunya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, memiliki tangan berseni kerana mahir...
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...