Shamsul Azri dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

Shamsul Azri, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.

Beliau turut menerima pendedahan di beberapa institusi antarabangsa antaranya Universiti Cambridge, United Kingdom dan Institut Pentadbiran Perniagaan Eropah (INSEAD).

Shamsul Azri memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam serta pentadbiran kerajaan negeri.

“Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pengarah UKAS,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kerajaan merakamkan penghargaan kepada Mohd Zuki atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkenal pelbagai pembaharuan bagi memastikan agenda pembangunan negara berjaya dilaksanakan.

Mohd Zuki, 62, mula memegang jawatan sebagai KSN pada 31 Dis 2019 dan dilantik semula secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

932
Kongsi :
Previous post Sasar perluas pasaran produk desa ke 14 negara
Next post Pangkalan Nelayan Sungai Lereh bakal dilengkapi kemudahan pelantar, win
Ubah saiz-+=