Sorting by

×

Sasar perluas pasaran produk desa ke 14 negara

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

MERLIMAU 7 Ogos – Pelbagai jenis produk desa keluaran usahawan tempatan Negeri Melaka disasarkan untuk dipasarkan ke 14 negara luar menggunakan platform Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Centre on Integrated Rural Development Asia and the Pacific (CIRDAP) Ke-39.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, CIRDAP bermula 5 hingga 7 Ogos
berlangsung di sebuah Hotel di Bandaraya Melaka, membabitkan wakil Malaysia Bangladesh, Fiji, Filipina, India, Indonesia, Iran, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

Dr. Muhamad Akmal berkata, selain bertukar-tukar pandangan wakil negara mengambil bahagian turut dibawa melawat ke Rumah Demang Abdul Ghani, Kampung Merlimau Tengah bagi melihat sendiri produk desa dihasilkan.

“Delegasi ini membabitkan pegawai kanan kementerian pembangunan luar bandar negara berkenaan, kita mahu tunjuk produk usahawan kampung Negeri Melaka.

“Antara produk diketengahkan adalah dodol dan kuih bakar, kerana tertarik ramai dalam kalangan delegasi ini mencuba produk berkenaan dan dibawa pulang ke negara masing-masing.

“Tidak kurang ada delegasi menyatakan hasrat untuk bekerjasama selepas melihat demostrasi cara pembuatan tikar mengkuang yang tiada di negara mereka,” katanya pada sidang media selepas Lawatan ke Rumah Demang Abdul Ghani CIRDAP Ke-39 di Kampung Merlimau Tengah anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

6168238289291689690
DELEGASI CIRDAP-39 dibawa menyaksikan cara pembuatan kuih bakar. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam pada itu, Dr. Muhamad Akmal berharap produk desa atau tempatan di negeri ini terus mendapatkan sambutan di pasaran luar negara.

“Kita bawa pegawai kanan tertinggi dari luar negara, apabila pulang nanti mereka boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan rakan-rakan di negara mereka.

“Saya percaya program ini tidak akan berakhir di sini, Insya-Allah produk tempatan kita boleh dipasarkan bukan sahaja di Malaysia, malah di pasaran luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

69
Kongsi :
Previous post Lelaki keldai akaun ditahan. mangsa kerugian hampir RM80,000
Next post Shamsul Azri dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu
Ubah saiz-+=