Sorting by

×

Masjid Ayer Barok, 107 tahun masih gah

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

BEMBAN 7 Ogos – Masjid Kampung Air Barok atau Masjid Lama Kampong Ayer Barok di Jalan Kesang, Jasin antara masjid tertua di Melaka yang memiliki keunikan seni binanya yang tersendiri.

Masjid kini berusia 107 tahun dibina pada 1917 itu pernah menjadi tumpuan umat Islam sekitar Pekan Jasin yang berkumpul bagi melaksanakan aktiviti ibadah dan majlis ilmu.

Meskipun tahun silih berganti dan beberapa penambahbaikan dilaksanakan sesuai dengan arus pemodenan, secara keseluruhan masjid itu masih lagi mengelakkan ciri asal seni bina Islam.

6163468461821508747
PERIGI lama di halaman Masjid Kampung Air Barok atau Masjid Lama Kampong Ayer Barok. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Lebih menarik kewujudan sebuah perigi lama yang masih digunakan hingga ke hari ini menjadi pelengkap dan menambah keunikan masjid bersejarah itu.

Struktur bangunan berbentuk empat persegi dibina menggunakan batu dan kayu, sementara itu bumbung yang berlapis tiga disusun dengan genting ‘marseille’ telah dicat baharu.

6163468461821508745

TARIKH pembinaannya pada pintu masuk Masjid Kampung Air Barok atau Masjid Lama Kampong Ayer Barok. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Berdasarkan papan informasi dipasang di perkarangan masjid terbabit, bahagian puncaknya dihias dengan seni ukir daripada batu, tiang seri pula dibuat menggunakan susunan batu bata dengan hiasan jubin corak bunga timbul.

Menurut sejarah, masjid itu berlantaikan marmar buatan Itali yang pada awalnya adalah lantai Istana Sultan Deli, Sumatera dan lantai istana tersebut telah dibeli oleh seorang saudagar kaya di Jasin, iaitu Tuan Haj Babu.

6163468461821508739

KEUNIKAN corak pada tangga Masjid Kampung Air Barok. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Pembinaan masjid itu telah diselaraskan bersama Datuk Demang Haji Abu Ujang dan saudara lelakinya Tuah Kadhi Haji Musa Ujang yang merupakan imam masjid pada ketika itu.

Namun bermula 1969, masjid itu tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat dan terhad kepada kepada aktiviti keagamaan selepas masjid baharu siap dibina.

Kerja-kerja pemuliharaan Masjid Lama Kampung Air Barok ini telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada- tahun 2002.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

272
Kongsi :
Previous post MyKiosk mudahkan peniaga dan mesra pelanggan
Next post Gold Award bukti profesionalisme PPSPM
Ubah saiz-+=