MyKiosk mudahkan peniaga dan mesra pelanggan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BEMBAN 7 Ogos – Usaha membantu peniaga dan penjaja kecil sekitar Bemban meningkatkan pendapatan menerusi inisiatif MyKiosk daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima sambutan positif dalam kelompok tersebut.

Tinjauan Melaka Hari Ini di R&R Rock @ Batu 14, Bemban, Jasin Bestari mendapati 10 unit MyKiosk yang diletakkan di lokasi terbabit dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turut membina dua tandas awam berhampiran tapak perniagaan tersebut.

Menurut peniaga Baby Cakoi Jasin Bestari, Faridah Atan, 48, berkata MyKiosk menjimatkan masa dan memudahkan urusannya yang kini tidak lagi perlu mengemas barangan seperti meja payung dan peralatan memasak setiap kali selesai berniaga.

“Saya tidak lagi perlu kemaskan dan angkut barang setiap hari, kalau dulu berniaga di tepi jalan tidak boleh tinggalkan barangan sesuka hati.

“Jadi apabila ada kemudahan MyKiosk ini saya amat bersyukur, senang, selesa, sewa murah dan paling bagus pelanggan suka datang. Mungkin selepas ini MPJ boleh sambung bekalan elektrik dan air untuk beri lebih keselesaan serta memudahkan kami para peniaga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nada sama turut disuarakan peniaga menjual peralatan sembahyang, K Raskhmi, 65, sebelum ini menjalankan perniagaan di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bemban.

Jelasnya, dia memilih untuk berniaga di kawasan itu kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran dengan sebuah kuil.

“Bagi saya rekaan MyKiosk ini meskipun saiznya kecil, tetapi selesa dan mesra pelanggan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

92
Kongsi :
Previous post 11 masjid dan surau terima sumbangan pembaikan dan penyelenggaraan
Next post Masjid Ayer Barok, 107 tahun masih gah
Ubah saiz-+=