
100 asnaf MAIM kini dilindungi insurans
AYER KEROH 6 ogos – Menyediakan skim perlindungan insurans antara inisiatif terbaharu dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan asnaf di negeri ini.
Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, menerusi inisiatif itu seramai 100 asnaf terpilih untuk menikmati skim perlindungan insurans yang dilaksanakan dengan kerjasama pihaknya dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
“Asnaf fakir dan miskin berkenaan yang berusia bawah 54 tahun ini turut menerima sijil Mikrotakaful Asnaf PNB dan diberikan taklimat berkaitan agar mereka jelas serta faham akan faedah yang bakal diterima.
“Menerusi skim ini memberi peluang dan ruang kepada asnaf mendapat perlindungan insurans sama ada perlindungan penyakit atau nyawa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, kerjasama antara MAIM dan PNB itu diharap dapat memberikan manfaat kepada asnaf dan mempelbagaikan lagi bentuk bantuan kepada golongan berkenaan.
“Dana ini adalah daripada PNB yang begitu komited dalam membantu golongan asnaf mendapatkan perlindungan insurans untuk diri mereka,” katanya.
Terdahulu, Majlis Penyerahan Skim dan Sijil Mikrotakaful Asnaf PNB itu berlangsung di Kompleks Darul Huda, Balai Islam, pada Jumaat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...