Sorting by

×

SUKMA: Melaka sasar lima pingat dari sukan angkat berat

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 6 Ogos – Skuad angkat berat menyasarkan akan menyumbang lima pingat termasuk pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XXI, Sarawak.

Bapa angkat sukan angkat berat, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, antara atlet yang menjadi sandaran untuk menyumbang pingat kepada kontinjen Melaka adalah pemenang pingat emas SUKMA edisi sebelum ini iaitu Nurul Syasya Khairina Syamsur.

“Untuk angkat berat ini kita sasarkan untuk membawa balik lima pingat iaitu satu emas dan masing-masing dua perak dan dua gangsa.

“Pingat emas pastinya kita sandarkan daripada Nurul Syasya malah dia kini giat menjalani latihan mempersiapkan diri di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Untuk temasya kali ini Nurul Syasya akan bertanding bagi kategori 79 kilogram berbanding sebelum ini 59 kilogram,” katanya.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, berkata, bagi sukan angkat berat, seramai lapan atlet akan dihantar untuk beraksi di SUKMA Sarawak.

“Kita hantar lapan atlet dengan harapan mereka akan membawa pulang pingat untuk Melaka sekali gus merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menyasarkan 20 pingat emas.

“Selain mengekalkan muka lama, pasukan angkat berat juga menampilkan tiga atlet baharu ini bagi memberi pendedahan dan membantu mereka mencari pengalaman,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

220
Kongsi :
Previous post Melaka mohon tambahan RM8 juta naik taraf pembetung silang
Next post Cungkil bakat seni orang Melaka
Ubah saiz-+=