1,000 meriahkan Car Free Zone @Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

REMBIA 5 Ogos – Kira-kira 1,000 pengunjung memeriahkan Program Car Free Zone @ Alor Gajah dan Santai Malam Minggu diadakan di Dataran Keris, Sabtu lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, sambutan yang diadakan pada Sabtu minggu pertama setiap bulan itu telah dimeriahkan dengan pelbagai aktviti menarik buat pengunjung pelbagai lapisan umur.

Menurutnya lagi, program itu sekali gus merancakkan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di dalam daerah Alor Gajah.

“Sambutan hebat diterima dengan kira-kira 1,000 pengunjung telah memeriahkan sambutan pada malam itu meskipun terdapat pelbagai program lain diadakan di kawasan pelancongan Melaka sempena Melaka Bila Larut Malam.

“Menerusi penganjuran kali ini pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya pertandingan mewarna, pembukaan kaunter kajian kepuasan pelanggan, selain permainan kereta elektrik dan gerai jualan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

454001204 807814521531820 101736045375720172 N
PERTANDINGAN mewarna memeriahkan program Car Free Zone @Alor Gajah. Foto MPAG

Menurut TPr. Saifuddin, selain merancakkan aktiviti di Bandar Alor Gajah, program itu juga bertujuan mengurangkan pelepasan karbon emisi terhasil daripada kenderaan.

Katanya, ia sekali gus membantu mengurangkan impak kepada alam sekitar akibat pemanasan global.

“Menerusi program Car Free Zone @Alor Gajah ini ia dapat mengurangkan 0.374 tan karbon dioksida setara (CO2e) bagi tempoh empat jam penganjurannya. Ia juga bersamaan dengan 4.488 tan CO2e setahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

170
Kongsi :
Previous post Bercuti di Melaka, dapat ilmu berharga
Next post Melaka River Cruise perkenal pakej baharu Taman Mini Sigua
Ubah saiz-+=