26 Ogos hari kelepasan am tambahan Melaka
AYER KEROH 5 Ogos – Kerajaan Negeri mengumumkan 26 Ogos depan (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) Negeri Melaka.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad berkata, cuti tambahan itu diberikan bersempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
“Pengisytiharan cuti ini selaras dengan Seksyen Seksyen 9(1), Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya.
Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan 26 Ogos ini sebagai cuti peristiwa yang dianjakkan sempena sambutan Hari Lahir Tun Dr. Mohd Ali pada tanggal 24 Ogos (Sabtu).
Selain itu, kata Ketua Menteri, pada tanggal itu juga Kerajaan Negeri berbesar hati menawarkan kepada rakyat Melaka dengan kad pengenalan 04 serta permastautin untuk menikmati kemasukan percuma di lokasi pelancongan terpilih.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”
KUALA TERENGGANU 17 November - Seorang wanita mengalami kerugian RM20,900 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam, selepas berkenalan...
BOMBA TERBANGKAN DRON KESAN LELAKI DIKHUATIRI LEMAS
ALOR GAJAH 17 November - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke Sungai...
POLIS RAMPAS 547 KAIN PASANG SELUDUP BERNILAI RM164,100
KOTA BHARU 17 November - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan penyeludupan 547 kain pasang yang mempunyai manik diseludup...
PENGURUS KILANG DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI PENGKALAN
ALOR GAJAH 17 November - Seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, ketika berhenti di...
BENZ CLA MALAYSIA PILIH ‘HEALING ‘ DI MELAKA
AYER KEROH 17 November - Lebih 161 ahli Benz CLA Malaysia (BCM) memilih Negeri Melaka sebagai destinasi untuk berkumpul dan...
POLIS TAHAN LELAKI WARGA ASING GADUH, KOREK MATA
TASEK GELUGOR 17 November - Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang...