Sorting by

×

Jualan tiket meningkat berbanding edisi kedua – MTSB

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDA HILIR 4 Ogos – Program Melaka Bila Larut Malam yang memasuki edisi ketiga semalam menyaksikan Menara Taming Sari catat lebih 400 jualan tiket setakat jam 11.15 malam dan mampu capai hampir 1,000 jualan tiket sehingga jam 2 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nasrul Ahmad berkata, sambutan pada edisi ketiga adalah lebih baik berbanding edisi kedua dan pihaknya telah tambah baik kemudahan di Menara Taming Sari demi keselesaan pengunjung.

“Sambutan kali ini pada Melaka Bila Larut Malam untuk edisi ketiga ini saya lihat lebih baik dari edisi yang kedua.

“Apa yang kami laksanakan sepanjang tiga kali Melaka Bila Larut Malam dilaksanakan ialah pada malam ini kami menambah baik dari segi susun atur pengunjung dengan memberikan keselesaan buat mereka dengan menambah pencahayaan di bangunan belakang menara,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, semalam.

Img 20240804 141503 665
NASRUL.

Tambahnya, dari segi jadual penjualan tiket sempena Melaka Bila Larut Malam, pihaknya telah ambil inisiatif mengawalkan waktu jualan dari jam 11.00 malam kepada jam 10.30 malam bagi memudahkan pengunjung dari segi urusan pembelian tiket.

“Biasanya kami akan mula jual tiket pada jam 11.00 malam, tetapi untuk edisi kedua dan ketiga kami awalkan jualan tiket bermula jam 10.30 malam supaya pengunjung selesa untuk membeli tiket tetapi masa untuk mereka masuk tetap pada jam 11 malam.

“Ini adalah inisiatif yang diambil oleh pihak kami dalam menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi menjayakan program Melaka Bila Larut Malam,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

235
Kongsi :
Previous post Cabar YB Helmy, Dr. Akmal di pentas tarik tali Festival D’ Bendang
Next post Kes culik Albertine Leo: Polis tahan semula suspek
Ubah saiz-+=