Program Melaka Bila Larut Malam: Zoo Melaka lebih meriah pada Edisi Ketiga

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 4 Ogos – Suasana Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Ketiga di Zoo Melaka lebih meriah berbanding bulan lalu.

Tinjauan Melaka Hari Ini di Zoo Melaka mendapati ramai pengunjung yang tidak mahu terlepas daripada membawa anak-anak menikmati Night Safari di Zoo tersebut.

Difahamkan Zoo Melaka menyediakan tram dan buggy untuk dinaiki penumpang untuk dihantar ke lokasi-lokasi haiwan nokturnal.

Menerusi pengalaman wartawan di lokasi, pengurusan Zoo Melaka yang hanya membenarkan kira-kira 1,200 pengunjung pada satu masa setiap kali pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam adalah wajar.

Perkara itu berikutan ramai dalam kalangan pengunjung yang hadir membawa anak-anak kecil dan keadaan di Zoo terbabit pada waktu malam gelap.

Menurut kakitangan di Zoo Melaka, dimaklumkan terdapat peningkatan kehadiran pengunjung ke taman haiwan itu berbanding pada edisi lalu.

Antara lokasi haiwan nokturnal yang boleh pengunjung lawati adalah gajah, harimau, singa, zirafah, buaya, spesis musang dan spesis reptilia (rumah reptilia).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

563
Kongsi :
Previous post Tema Hikayat Hang Tuah ‘sajian’ MHS buat pengunjung Melaka Bila Larut Malam
Next post Bila Larut Malam peluang bawa keluarga besar ‘ambil angin’ malam
Ubah saiz-+=