
SUKMA: Melaka sasar 3 pingat olahraga
AYER KEROH 3 Ogos – Kontinjen olahraga yang akan beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, Sarawak, optimis akan menyumbang sekurang-kurangnya tiga pingat buat Melaka.
Ibu angkat sukan olahraga Melaka, Datuk Kalsom Noordin berkata, pungutan pingat itu yakin dapat diperoleh berdasarkan daripada prestasi diraih oleh atlet yang terlibat.
“Untuk olahraga seramai 20 orang atlet yang terdiri daripada enam wanita dan 14 lelaki mengambil bahagian di kejohanan itu nanti.
“Mewakili pasukan olahraga kita yakin atlet akan membawa balik sekurang-kurangnya tiga pingat meskipun tidak meletakkan ‘warna pingat’ namun sudah pasti sasaran kita untuk memenangi emas.
“Antara acara yang kita yakin akan dapat menyumbang pingat adalah lompat galah lelaki dan 400 meter bagi kategori lelaki serta wanita,” katanya.
Menurut Kalsom, kesemua atlet olahraga berada dalam keadaan terbaik dan tidak berdepan dengan kecederaan yang boleh menjejaskan prestasi mereka.
“Untuk atlet segala persiapan berjalan dengan baik termasuklah sesi latihan yang sudah dijadualkan oleh jurulatih,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...