Zainal Rabin sudah tiada

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 3 Ogos – Bekas penjaga gol Melaka dan Telekom Melaka Zainal Rabin meninggal dunia, hari ini.

Khabar duka itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

“Innalillahiwainnalillahirajiun. Perrsatuan Bola Sepak Melaka mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Zainal A.Rabin selaku bekas Penjaga Gol Melaka & Telekom Melaka yang telah meninggal dunia awal pagi tadi.

“Semoga Allah SWT mengampuni dosanya dan tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulis kenyataan itu.

Ucapan takziah turut dikongsikan Melaka Football Club yang menyifatkan pemergian Zainal sebagai satu kehilangan besar untuk bola sepak Melaka.

“Perginya seorang legenda. Seluruh barisan pemain dan staf Melaka FC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zainal Rabin.

“Sesungguhnya pemergian ini merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh penyokong bola sepak negeri Melaka.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah,” kata kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan, Zainal yang juga bekas penjaga gol Perlis dan Felda United menderita kanser hidung sejak hujung tahun 2022 dan telah menerima rawatan di Hospital Melaka.

Kesihatannya bagaimanapun semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

967
Kongsi :
Previous post Promosi Bible di kawasan pelancongan: Polis Melaka terima 4 laporan
Next post UTeM perluas budaya penyelidikan inovatif
Ubah saiz-+=