600 hadir Hari Bertemu Rakyat Japerun Pengkalan Batu

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PENGKALAN BATU 2 Ogos – Penganjuran Hari Japerun Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, antara inisiatif yang dilaksanakan dalam mendekati penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, selain program Hari Bertemu Rakyat penganjuran program seumpama itu memudahkan lagi rakyat berjumpa empat mata khususnya dengan pegawai Japerun.

“Program perjumpaan dengan rakyat ini kami di Japerun Pengkalan Batu jadualkan setiap dua bulan sekali. Penganjuran kali pertama mendapt sambutan amat menggalakkan, alhamdulillah sekitar 600 orang hadir untuk berurusan dengan wakil Japerun.

“Menjadi hasrat saya untuk memudahkan lagi urusan rakyat yang ada masalah dan menerusi program seumpama ini kita cari penyelesaiannya,” katanya ketika ditemui pada Hari Japerun Bersama Rakyat di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, hari ini.

Berkongsi perkembangan semasa DUN Pengkalan Batu, Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, beberapa rancangan pembangunan termasuk projek mengatasi masalah banjir dan mewujudkan lokasi tumpuan untuk dipopularkan sebagai destinasi tumpuan pelancong sedang dilaksanakan.

“Beberapa longkang monsun antaranya di Batu Hampar dan Kampung Pengkalan Batu sedang dalam pelaksanaan sementara itu penambahbaikkan sistem perparitan di Pulau Kelapa pula sudah siap.

“Manakala sebuah lokasi tumpuan di Kampung Pengkalan Batu sedang giat dibangunkan, kami yakin apabila siap kelak kawasan itu mampu menarik kunjungan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, pada program sama Kalsom turut menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada 180 penduduk yang terjejas, penyerahan kunci MyKiosk dan penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

62
Kongsi :
Previous post Exco kecam tindakan promosi bible di kawasan pelancongan
Next post Polis tumpaskan kumpulan penjenayah disyaki penculik, empat ditembak mati
Ubah saiz-+=