Sorting by

×

Shayna Marianne ‘intai’ emas di SUKMA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Atlet olahraga wanita, Shayna Marianne Pereira, akan beraksi buat julung kalinya di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, mahu mempamerkan aksi terbaik dalam misi memburu pingat emas bagi acara 400 meter wanita.

Shayna Marianne, 17, juga atlet muda kebangsaan berkata, berdasarkan catatan masa terbaiknya atau ‘personal best’ (PB) dia kini berada pada kedudukan tiga teratas dengan masa 58.56 saat.

Ketika ditemui dia menyatakan rasa terujanya kerana meskipun sudah banyak menyertai kejohanan olahraga termasuk peringkat kebangsaan, namun ini adalah kali pertama di beraksi di gelanggang SUKMA.

“Saya akan cuba mempamerkan aksi terbaik untuk mengatasi PB sekarang dengan membuat catatan 58.0 saat selain sudah pasti sasaran adalah untuk membawa pulang pingat emas buat Negeri Melaka.

“Secara peribadi bagi saya, pencabar paling sengit adalah atlet dari negeri Johor dan Kelantan, mereka mempunyai catatan masa serta corak larian yang baik,” katanya.

Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Canossa Convent berkata, meskipun jurulatihnya kini berada di Thailand namun sesi latihannya berjalan seperti biasa.

“Setiap hari sesi latihan berjalan seperti biasa dan ‘coach’ juga sudah menyiapkan jadual latihan untuk saya lakukan dalam memastikan persiapan ke SUKMA XXI tidak terbantut,” katanya.

Selain akan beraksi dalam acara 400 meter wanita, Shayna Marianne juga akan mencabar kemampuannya menerusi kategori 400×100 wanita dan 400×400 campuran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1018
Kongsi :
Previous post Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 9-11 Ogos
Next post PDRM sahkan dua rakyat Malaysia ditahan di Maldives kerana cuba seludup dadah
Ubah saiz-+=