Sorting by

×

Pemindahan teknologi beri manfaat kepada Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Program pemindahan Teknologi (ToT) 2024, membabitkan agensi luar negara menjadi antara inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur berkualiti kepada rakyat Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Australian Road Research Board (ARRB) di Melbourne, menjadi antara persinggahan beliau yang mengetuai lawatan kerja rasmi Kerajaan Negeri Melaka ke Australia.

Kata Ketua Menteri, ARRB dipilih kerana kemampuannya sebagai peneraju organisasi penyelidikan pengangkutan khusus untuk penyelidikan, perundingan dan membangunkan amalan terbaik dalam infrastruktur jalan serta pengangkutan di Australia.

“Menerusi program ToT, matlamat utama pentadbiran saya adalah untuk memupuk kerjasama peringkat antarabangsa termasuklah meningkatkan keupayaan teknikal. Ini juga bagi mewujudkan hubungan kukuh di antara Negeri Melaka dan organisasi teknikal di Australia.

“Kerajaan Negeri juga mahu meneroka teknologi inovatif terbaik daripada pemimpin industri, selain mendapatkan pendedahan berhubung teknologi terkini di Australia dan pasaran antarabangsa,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Ab Rauf, turut menyatakan keyakinan lawatan dilaksanakan dapat meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemudahan jalan raya di Negeri Melaka menerusi amalan penyelenggaraan selain cara pembinaannya.

Lawatan kerja itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Exco Sains, Teknologi, Invosasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

186
Kongsi :
Previous post Kandungan Whatsapp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu – MOF
Next post MPAG tingkat kesedaran kebersihan pasar awam
Ubah saiz-+=