Sorting by

×

MBMB PBT pertama laksana undang-undang kecil beca

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia melaksanakan Undang-Undang Kecil (UUK) Beca MBMB 2024.

Setiausaha MBMB, Ahmad Azlan Ahmad Salleh berkata, undang-undang berkenaan diwartakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Melaka pada 13 Jun lalu.

“Pewartaan UUK ini akan memberi manfaat daripada segi kawalan dan penyeliaan, lebih berkesan kepada operasi perkhidmatan beca yang memberi impak besar kepada sektor pelancongan Negeri Melaka.

“Selain itu, ia dapat menambah baik dan menyelaras tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah UUK ini,” katanya ketika berucap mewakili Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil.5/2024 di Dewan Taming Sari MBMB di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 07 30 At 12.47.31 Pm
AHMAD Azlan. Foto Ihsan MBMB

Katanya, undang-undnag berkenaan penting dalam menyeragamkan proses dan prosedur bagi memudahkan orang awam atau pihak persatuan berurusan dengan MBMB.

“Sudah tentu undang-undang ini memfokuskan masalah atau isu berkaitan beca di negeri ini,” katanya.

Pada perhimpunan itu turut diadakan pelancaran warden trafik MBMB dan penyerahan dua unit motosikal berkuasa tinggi bagi kegunaan warden trafik selain penyampaian surat pelantikan penyelia kepada 17 anggota penguatkuasa serta penyampaian hadiah kejohanan sukan MBMB.

Whatsapp Image 2024 07 30 At 12.47.30 Pm
SEBAHAGIAN kakitangan MBMB yang hadir pada perhimpunan bulanan tersebut. Foto Ihsan MBMB

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

234
Kongsi :
Previous post MPAG tingkat kesedaran kebersihan pasar awam
Next post Talian Kasih 15999 bantu kanak-kanak
Ubah saiz-+=