
Agensi, jabatan rangka pelan atasi banjir kilat
PAYA RUMPUT 29 Julai – Masalah banjir kilat berap berlaku di beberapa lokasi sekitar negeri ini akan diatasi segera, kata Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.
Katanya, Kerajaan Negeri menerusi agensi dan jabatan berkaitan sedang mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan masalah itu tidak terus berulang.
Rais berkata, setakat ini punca penyebab banjir kilat sudah dikenal pasti, namun tindakan untuk mengatasinya perlu dirangka dengan teliti.
“Contoh, banjir kilat di Jalan Tun Razak, Ayer Keroh, lokasi berhampiran kawasan perindustrian itu kerap dilanda banjir kilat akibat limpahan air dari kawasan kilang berhampiran selain kedudukannya yang rendah.
“Longkang sedia ada tidak mampu menampung kapasiti air yang tinggi. Justeru, kita akan mencari jalan penyelesaian termasuk berkaitan bajet dalam kadar segera,” katanya selepas menyerahkan sumbangan bot penyelamat kepada Balai Polis Tanjung Minyak, di sini, hari ini.
Sumbangan terbabit diserahkan kepada Ketua Balai Polis Tanjung Minyak, Sarjan Mejar Yusli Nadir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...