
MPJ laksana kempen tandas bersih
JASIN 29 Julai – Tandas Awam Kota Budaya Sungai Rambai dipilih bagi menyertai Kempen Tandas Awam Bersih 2024 tahun ini.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), pemilihan tandas itu dilakukan oleh Jabatan Landskap Dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) MPJ, baru-baru ini.
“Kempen ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan tandas awam dengan menggalakkan orang ramai mengamalkan konsep ‘Kebersihan Merupakan Sebahagian Cara Hidup Kita’.
“Selain itu, ia juga merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mewujudkan tandas awam berstatus Bersih Menawan dan Wangi (BMW).
“Ini juga salah satu inisiatif untuk mewujudkan lebih banyak tandas awam di Melaka yang bertaraf empat bintang ke atas,” katanya.
Kempen tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari di Tandas Awam dan Surau Medan Selera Kota Budaya Sungai Rambai di sini, baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...