Sorting by

×

Pantai Hospital, hospital pertama di Melaka perkenal bantuan robotik Da Vinci Xi

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 29 Julai – Pantai Hospital Ayer Keroh menjadi hospital pertama di Melaka memperkenalkan teknologi kesihatan terbaharu iaitu menggunakan sistem pembedahan dengan bantuan robotik Da Vinci Xi.

Ketua Pegawai Eskekutifnya, Tan Yew Aik berkata sistem pembedahan bantuan robotik Da Vinci Xi yang digunakan dalam hospital itu menandakan kemajuan besar dalam teknologi pembedahan pusat perubatan terbabit.

Katanya, teknologi itu turut meningkatkan ketepatan dengan insisi yang lebih kecil, pengurangan kehilangan darah, mengurangkan kesakitan, dan mempercepatkan masa pemulihan untuk pesakit.

“Sistem canggih ini menyokong pelbagai kepakaran perubatan, termasuk urologi, ginekologi, pembedahan umum, pembedahan kolorektal, dan pembedahan hepatobiliari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pesta Durian yang dianjurkan hospital terbabit bagi menghargai sokongan rakan strategik dan konsultan, baru-baru ini.

Img 3230
Yew Aik (enam dari kanan) bergambar bersama rakan strategik dan kakitangan Pantai Hospital Ayer Keroh pada program Pesta Durian baru-baru ini.

Yew Aik berkata, selain kemajuan teknologi, hospital ini telah memperluaskan kemudahan parkirnya.

“Untuk meningkatkan kemudahan pesakit dan pengunjung kami, kami telah menambah dua tingkat baharu pada parkir bertingkat kami dengan menyediakan ruang tambahan 316 petak parkir.

“Kami komited bukan sahaja kepada komuniti kami tetapi juga kepada alam sekitar. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kemampanan kami, kami sedang memasang panel solar di bumbung parkir bertingkat kami untuk menjimatkan tenaga.

“Tenaga yang dihasilkan boleh membekalkan kuasa kepada sehingga 750 isi rumah (satu fasa) dengan satu penghawa dingin,” tambahnya.

Terdahulu, pada program itu Hospital Pantai Ayer Keroh menjamu pelbagai jenis durian seperti Musang King, Blackthorne dan D24 kepada rakan strategiknya.

Jelas Yew Aik, pesta itu dianjurkan untuk menunjukkan rasa penghargaan terhadap rakan-rakan strategik termasuk eien insurans, pengamal perubatan, rakan strategik korporat mahupun pengamal media.

“Dengan sokongan mereka, Pantai Hospital Ayer keroh telah mencapai kejayaan yang siginifkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

247
Kongsi :
Previous post Memorial Tun Abdul Ghafar Baba terbuka kepada semua
Next post Polis mohon sambung reman suspek kes culik Albertine Leo
Ubah saiz-+=