Besarkan Bulatan Klebang, atasi kesesakan

Masa Membaca:59 Saat

KLEBANG 23 Julai – Masalah kesesakan lalu lintas dihadapi pengguna jalan raya yang melalui Bulatan Klebang, di sini, bakal berakhir apabila kerja naik taraf laluan itu siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata, kerja naik taraf kini sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik selepas permohonan diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Kerja penambahbaikan sudah dimulakan yang mana premis berdekatan Bulatan Klebang iaitu medan selera juga dirobohkan bagi memberi laluan kerja naik taraf ini dilaksanakan.

“Selain besarkan bulatan, kerja naik taraf itu turut membabitkan penambahan jalan kepada dua lorong, ini adalah satu perkembangan yang amat baik.

“Apabila siap kelak ia akan melancarkan aliran trafik dan tiada lagi kesesakan apabila tibanya waktu puncak seperti hujung minggu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Ban Hong, mengikut data dan aduan, lokasi itu akan berlaku atau mengalami kesesakan pada hujung minggu apabila ramai pengunjung termasuk pelancong ke Pantai Klebang untuk beriadah.

“Pembangunan ini bukan sahaja untuk penduduk Klebang tetapi juga rakyat negeri Melaka termasuklah pelancong.

“Bulatan Klebang ini untuk fasa pertama dan cadangan kita membabitkan tiga fasa sehingga ke Balai Polis Batang Tiga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4512
Kongsi :
Previous post 33 Adun Belia akan bersidang, bawa suara rakyat
Next post Kanak-kanak perempuan enam tahun dilaporkan hilang ditemukan selamat – KP Selangor
Ubah saiz-+=