Sorting by

×

Food Bank MPJ ringankan beban kakitangan kurang mampu

Masa Membaca:59 Saat

JASIN 22 Julai – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil inisiatif melaksanakan Program Food Bank MPJ sebagai tanda peduli dan cakna terhadap kebajikan kakitangannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, program tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban warga kerja MPJ yang kurang berkemampuan.

Katanya, inisiatif itu amat membantu dalam meringankan beban perbelanjaan membeli makanan warga kerja MPJ susulan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

“Program Food Bank MPJ ini selari dengan matlamat MPJ Prihatin Dihatiku, aspek kebajikan kakitangan menjadi keutamaan kami. Kami bercadang untuk anjur lebih banyak program seumpama ini dan tidak terhad pada bulan Ramadan sahaja.

“Food Bank MPJ menyediakan makanan kering dan makanan asas seperti beras, tepung, gula serta garam. Kakitangan yang memerlukan boleh datang dan ambil, namun akan ada pegawai yang memantau agihan makanan.

“Program ini dijayakan dengan kerjasama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan Jasin, Kelab Rekreasi Dan Kebajikan (KLIK) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MPJ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, Mohd Shaiful Hizam menyempurnakan Pelancaran Food Bank MPJ dalam majlis berlangsung di Surau MPJ Vista Alamanda, di sini, 19 Julai lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

104
Kongsi :
Previous post Kes pukul: Dua polis trafik dilepaskan dengan jaminan polis
Next post Curi duit majikan: Bekas kerani hotel dipenjara 20 hari, didenda RM2,000
Ubah saiz-+=