
MBMB kurangkan caj sewa gerai
AYER KEROH 27 Nov. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meluluskan pengurangan 50 peratus kadar sewa gerai bagi bulan Oktober sehingga Disember ini bagi membantu peniaga dalam kawasan pentadbirannya susulan penularan COVID-19.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, pengurangan kadar sewa itu melibatkan sebanyak 1,350 penyewa gerai di bawah pentadbiran MBMB.
“Selepas mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan Bil 8/2020 MBMB, kita bersetuju memberi insentif baharu kepada semua penyewa gerai dan ruang niaga MBMB.
“Ini juga sebagai tanda sokongan MBMB terhadap saranan Kerajaan Negeri Melaka bagi mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya.
Katanya lagi, MBMB turut meluluskan 12 lot berniaga khas dengan pecahan 10 lot untuk pemohon kategori orang kelainan upaya (OKU).
“Manakala, dua lot untuk seniman jalanan yang akan ditempatkan di Taman Warisan Dunia, Jalan Jonker berkuatkuasa 1 Disember ini.
“Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB di talian 06-2859700,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...