Ikrar Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17
Sebagai melengkapkan istiadat pertabalan yang diadakan lima tahun sekali itu, Sultan Ibrahim melafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Berikut adalah ikrar yang dilafazkan oleh Sultan Ibrahim:
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirahmanirrahim.
Saya, Sultan Ibrahim bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah izin-Nya saya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Dengan ini, saya akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara serta memelihara dengan sempurnanya setiap masa agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara”.
Selesai sahaja Sultan Ibrahim melafazkan ikrar, Balairung Seri bergema dengan alunan lagu Nobat Tabal yang dimainkan oleh kumpulan Nobat Diraja Perak diikuti laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali dan lagu Negaraku, serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
CABUL MURID DI RUMAH HANTU, GURU LELAKI DIREMAN 6 HARI
AYER KEROH 9 Januari - Guru lelaki sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah, ditahan selepas didakwa mencabul dua murid perempuan...
MENELUSURI INTIPATI KETERANGKUMAN BAJET 2025 NEGERI MELAKA
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak PEMBENTANGAN Bajet 2025 Negeri Melaka...
KPM NAFI DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2024
KUALA LUMPUR, 9 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi...
PBT MELAKA SIAP SEDIA SAMBUT TETAMU WTD 2025, WTC 2025
AYER KEROH 9 Januari - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sedang melipat ganda usaha memastikan Melaka sentiasa...
ELAUN TAMBAHAN KHABAR GEMBIRA UNTUK SIDANG KAMPUNG
AYER KEROH 9 Januari - "Terima kasih Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan nasib sidang-sidang kampung dan sudi memberikan elaun tambahan...
LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
ALOR GAJAH 8 Januari - Lori tangki yang terbakar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 199.4 Lebuhraya Utara Selatan...