Sorting by

×

PERZIM suburkan seni sulaman manik, labuci

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 19 Julai – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan seramai 50 peserta menyertai Bengkel Seni Sulaman Manik dan Labuci pada 27 Julai (Sabtu) ini bertempat di Rumah Belanda, Jalan Kota, Banda Hilir.

Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata, bengkel itu merupakan inisiatif bagi memastikan seni sulaman manik dan labuci tidak lenyap dan dilupakan oleh generasi akan datang.

“Sempena pengisytiharan Melaka sebagai tapak warisan dunia diharap bengkel ini dapat memberi kemahiran baharu dan kesedaran kepada para peserta.

“Aktiviti ini penting dalam memulihara warisan tidak ketara khususnya dalam bidang seni sulaman manik dan labuci.

“Menariknya bengkel ini akan menampilkan tenaga pengajar mahir dari Persatuan Peranakan Cina Melaka yang berpengalaman dalam seni ini,” katanya.

Whatsapp Image 2024 07 19 At 11.49.02 (1)

Menurutnya, peserta berminat menyertai bengkel tersebut hanya dikenakan bayaran penyertaan RM10 seorang.

“Orang ramai yang berminat menyertai bengkel ini boleh tetapkan jadual masing-masing pada hari tersebut, bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

131
Kongsi :
Previous post Serah kepada Speaker tentukan status Jailani
Next post Ab Rauf akan bawa usul ke MKT
Ubah saiz-+=