Sorting by

×

10 Muharam yang istimewa buat anak-anak RAYSAS

Masa Membaca:51 Saat

PANTAI KUNDOR 16 Julai – Seramai 29 anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS) diraikan sempena menyambut Hari Asyura, di sini, hari ini.

Sambutan secara sederhana itu bermula sekitar jam 10 pagi dengan aktiviti solat sunat dhuha dan mendengar ceramah disampaikan Ustaz Norazam Ismail.

Riak wajah ceria jelas terpancar pada wajah anak-anak RAYSAS apabila mendapat santunan daripada 100 penyumbang yang sudi hadir dan ‘mengusap kepala’ mereka.

Turut bersama, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad dan Pengerusi RAYSAS, Datuk Yaakub Md Amin.

Whatsapp Image 2024 07 16 At 5.13.52 Pm

PENYUMBANG menyantuni anak-anak yatim RAYSAS

Program meraikan anak-anak yatim RAYSAS ini merupakan aktiviti yang diadakan saban tahun untuk menghidupkan sunah dalam 10 Muharam.

Para penyumbang juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti program yang disusun bersama anak-anak RAYSAS.

Hari yang sering disebut sebagai hari lebaran anak-anak yatim ini juga menyaksikan zikrullah dan alunan selawat dilaungkan di RAYSAS sepanjang program berlangsung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

119
Kongsi :
Previous post JENDELA Fasa 2: Melaka bina 11 lagi menara telekomunikasi
Next post ‘Semua Adun patut fokus bantu rakyat’
Ubah saiz-+=