
Banjir: Hanya tinggal satu PPS di Melaka
AYER KEROH 27 Nov. – Situasi banjir di Melaka hari ini kian beransur pulih apabila hanya tinggal satu sahaja pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Gantong, Jasin.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata setakat jam 2 petang tadi, satu lagi PPS telah ditutup iaitu di SK Tehel.
“Berkuatkuasa jam 2 petang 27 November, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jasin telah bersetuju untuk menutup PPS SK Tehel yang menempatkan sembilan mangsa dari tiga keluarga.
“Berdasarkan laporan semasa, kini hanya tinggal satu sahaja PPS dibuka iaitu di SK Parit Gantong yang menempatkan 48 mangsa dari 11 keluarga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Effendy berkata, besar kemungkinan PPS yang terakhir di negeri itu juga akan ditutup sekiranya cuaca kekal baik pada hari ini.
“Apapun, semuanya bergantung kepada cuaca. Jika cuaca kekal baik, kita akan tutup juga PPS di SK Parit Gantong. Apa-apa perkembangan akan dimaklumkan setiap empat jam,” katanya lagi.
Views:
Related
Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...