
Remaja lelaki jatuh bot di Pekan ditemukan lemas
KUANTAN 15 Julai – Remaja lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai terjatuh bot di Sungai Pahang berhampiran Kampung Orang Asli Tanah Merah, Pekan pada Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan mayat Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, dijumpai terapung oleh penduduk kampung pada 11.44 pagi tadi.
“Mayat mangsa ditemukan berhampiran Kampung Tanjung, Pekan kira-kira 25 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Media sebelum ini melaporkan pelajar tingkatan lima itu dikatakan hilang ketika menaiki bot untuk menangkap ikan di sungai berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...