Sorting by

×

Bila Larut Malam jimat poket pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDARAYA MELAKA 15 Julai – “Dengan tawaran harga tiket RM10 memang berbaloi, jadi apabila ke Melaka pelancong dapat bercuti sambil berjimat,” itu kata Amir Firdaus Baharuddin yang memilih Melaka untuk menghabiskan cutinya.

Amir Firdaus, 33, dari Cheras, Kuala Lumpur, antara pengunjung yang mencuba perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) menawarkan tiket RM10 bersempena penganjuran Program Bila Larut Malam, pada Sabtu lalu.

Katanya, percutian ke Melaka kali ini agak istimewa kerana mereka sekeluarga menggunakan peluang berkumpul bersama untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ibunya Zainab Talib yang ke-70.

Dia mengakui selain Melaka banyak lokasi percutian lain di seluruh negara, namun harga tiket untuk masuk ke lokasi tumpuan pelancong ditawarkan di negeri ini menarik perhatian mereka sekeluarga.

“Apabila melihat promosi yang dibuat di media sosial mengenai Bila Larut Malam ia memang menarik dan terdapat banyak potongan harga. Ini amat membantu pelancong terutamanya keluarga besar seperi kami ini, dengan seramai 15 orang untuk menaiki MRC memang dapat jimat banyak.

“Malah menerusi program ini juga pengunjung dapat merasai suasana melancong pada waktu malam dan memberi kelainan,” katanya ketika ditemui di Jeti Dataran Pengkalan Rama.

Jelasnya, inisiatif dilaksanakan hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu amat baik dan dapat menarik lebih ramai pelancong untuk ke Melaka, sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Melaka.

“Program Bila Larut Malam ini inisiatif yang baik bagi menarik lebih ramai pelancong ke Melaka kerana terdapat banyak pilihan dengan harga yang rendah,” katanya.

Pada kunjungan sama, Zainab turut diraikan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) selaku pengendali MRC yang diwakili Pengarah Jabatan Pembangunan, Perniagaan dan Korporat PPSPM, Salman Salim

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

938
Kongsi :
Previous post Ganjaran ‘extra’ untuk atlet Muay Thai Melaka
Next post Polis kesan waris ‘ibu Yuni’
Ubah saiz-+=